SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum w.b.t.

SELAMAT DATANG KE LAMAN KELUARGA WAK JU


Mula dibuka kepada umum bermula 1 January 2010, laman ini dibangunkan untuk mengumpul serba sedikit maklumat berkenaan semua ahli keluarga Allahyarham Wak Ju supaya ia boleh dijadikan rujukan sekiranya perlu.

Terbahagi kepada dua, 'Laman Umum' boleh dilawati oleh semua pengguna internet dan hanya mengandungi senarai ahli serta sedikit foto keluarga manakala 'Laman Ahli' pula hanya boleh dilayari dengan penggunaan kata kunci dan mengandungi maklumat yang sedikit peribadi seperti nama ahli keluarga, nombor untuk dihubungi, alamat kediaman, email dan sebagainya.

Maklumat terperinci tidak akan dipaparkan. Walau bagaimanapun, setiap ahli digalakkan untuk membuat blog atau laman web masing-masing untuk dikemukakan pautannya di sini. Foto-foto berkaitan yang ada dalam simpanan akan dimuatnaik secara sedikit demi sedikit. Sumbangan gambar-gambar lama dari semua ahli juga adalah sangat dialu-alukan.

Tidak akan ada kemaskini yang kerap melainkan jika terdapat perubahan pada maklumat ahli. Oleh itu, kerjasama dari semua ahli untuk mengemaskinikan maklumat masing-masing adalah sangat-sangat dihargai.

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri." [ Surah An-Nisaa': 36 ]

Yang baik semuanya dari Allah.

- Pengendali Laman